Rantau ialah sebuah pekan kecil dalam daerah pentadbiran Seremban. Terletak 15 kilometer dari ibu negeri, Seremban, ia adalah satu kawasan pertanian dan juga ladang-ladang getah. Masyarakatnya majmuk terdiri daripada keturunan Melayu, Cina dan India.
Rantau juga adalah nama bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau (2004/2009) ialah Dato Haji Mohamad bin Haji Hassan yang juga adalah Menteri Besar Negeri Sembilan.
Rantau adalah sebuah pekan kecil yang terletak di antara Port Dickson dan Pekan Seremban. Diikutkan cerita orang-orang tua dahulu, Rantau diberi nama sempena tempat yang sering dijadikan tempat persinggahan oleh perantau-perantau di serata malaysia.
No comments:
Post a Comment