Tips Penjimatan Tenaga Elektrik Bagi Pengguna Penghawa Dingin
12 Replies
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Abang ais kacak yang tak perlukan penghawa dingin
Ramai pengguna penghawa dingin yang
mengeluh kerana bil elektrik yang melambung selepas memasang sistem
penghawa dingin. Kawan saya salah seorang yang mengalami masalah ini,
mengeluh panjang beliau ketika kami berjumpa semasa iftar.
‘Lama tak jumpa mu. Mu kerja mana
sekarang, Di?’ tanya Joe, kawan lama yang duduk di samping isteri
beliau. Saya pula datang bujang.
‘Aku ada je, ada tengok-tengok mu juga dalam facebook. Hehehe…. Aku kerja maintanance.’ jawab saya.
‘Maintanance apa?’ tanya Joe lagi.
‘Maintanance bangunan. Baik pulih
bangunan rosak. Kadang-kala ada juga menjahanamkan. Hehehe… Baiki
tandas, baiki bumbung, baiki aircond dan segala hal yang berkaitan
dengan maintanance bangunan.’
‘Aku ada pasang aircond. Tapi sekarang ini bil elektrik aku melambung tinggi. Macam mana nak buat? Mu mesti tahu.’
‘Senang je, kalau nak jimat elektrik.
Memang senang sangat. Pasang aircond tapi jangan on.’ jawab saya sambil
layan makan steamboat.
‘Hah…. Macam mana nak buat bagi jimat elektrik?’ tanya isteri Joe yang dari tadi diam.
‘Pasang aircond tapi jangan on.’ Ulang Joe pada isteri dia.
*********************************
>>Rahsia Jana Duit Internet<<

Tips Penjimatan Tenaga Elektrik – Pindah ke kutub
Okey, hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips penjimatan tenaga elektrik
bagi penggunaan penghawa dingin. Bukan tips yang hebat pun cuma sekadar
jadi pengguna yang bijak. Tips penjimatan tenaga elektrik adalah:
- Pilih produk elektrik yang mempunyai label jimat elektrik bagi yang baru nak beli penghawa dingin. Ramai juga orang kata sistem inverter bagus.
- Pastikan penghawa dingin yang dipasang adalah mengikut kuasa kuda yang sesuai dengan keluasan kawasan. Sebaiknya kirakan BTU (British Thermal Units) untuk dapatkan berapakah kuasa kuda yang diperlukan untuk satu kawasan.
- Sebaiknya pasang penghawa dingin secara back-to-back antara indoor dan outdoor unit untuk meningkatkan kadar kebolehkerjaan dan kecekapan penghawa dingin. Jika tidak boleh back-to-back cari jarak yang terdekat antara indoor dan outdoor.
- Jika jarak terlalu jauh antara indoor dan outdoor, boleh tambahkan motor easi-flo untuk tingkatkan kecekapan. Harga satu unit easi-flo adalah RM +/- 350.
- Elakkan meletakkan suhu penghawa dingin pada suhu paling rendah (16 darjah celsius) sebaiknya amalkan suhu minimun lebih tinggi dari 22 darjah celcius. Ini juga dapat memastikan compressor tidak bekerja pada tahap optimum dan memanjangkan jangka hayat penghawa dingin.
- Sebolehnya pastikan ruang yang dipasang penghawa dingin adalah ruang tertutup (mempunyai pintu) jika ruang terbuka compressor perlu bekerja pada tahap optimum untuk sejukkan ruang.
- Untuk tidur malam, sebaiknya cuba setkan timer berapa jam kita perlukan penghawa dingin untuk tidur. Biasanya kita perlukan suasana yang sejuk dalam sejam atau dua jam awal sahaja, kerana pada jam 1-2 pagi udara sudah mula sejuka biasanya.
- Melakukan senggaraan secara berkala untuk penghawa dingin di rumah. Sebaiknya adalah mencuci habuk pada penapis luaras sebulan sekali, senggaraan penuh sekali dalam tempoh enam bulan dan lakukan senggaraan dengan bahan kimia setahun sekali.
Itu adalah antara tips penjimatan tenaga elektrik
yang boleh saya kongsikan bagi pengguna penghawa dingin. Harapnya apa
yang saya kongsikan ini dapat membantu. Bersama kita menjadi pengguna
yang bijak.
Nanti bolehlah gunakan duit yang dijimatkan untuk melabur dalam unit trust.